Wednesday, December 17, 2008

RENUNGAN


Sucikan 4 hal dengan 4 perkara

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
....dan dosa-dosa yang silam disulami denga taubat kepada Dzat yang memiliki mu"

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan
namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga
kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu
sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Tuesday, December 16, 2008

WIRA DATO ONN





Ini bukan pasukan futsal yang memenangi pertandingan futsal championship athens 2008 atau platun komando elit tentera darat malaysia atau penerima anugerah nobel dalam bidang kesasteraan atau barisan karaoke sedunia. Apa yang anda lihat disini adalah pelajar atau lebih tepat lagi bekas pelajar tingkatan enam sekolah menengah kebangsaan dato onn butterworth sekolah bestari di kawasan bagan ajam..


Walaupun masih tidak mencukupi kuota sebenar dalam tingkatan enam tetapi kehidupan didalam gambar ini, masih tidak akan dilupakan sumbangan sebagai pemanis kehidupan kawan-kawan. dalam senarai diatas ingin aku perkenalkan serba serbi rakan-rakan yang terlibat.


dibahagian atas bermula dari saff iaitu saiful syazwan a.k.a panjang beliau dahulu bukan berbulu tinggal di daerah sungai petani kedah telahberhijrah mengikuti aliran keluarganya ke daerah jitra dan menjadi raja di sebuah perpustakaan sebagai penunggu malam. Sebelah polan adalah nisham khaw atau lebih popular khaw. beliau adalah ketua pengawasan di sekolah yang indah ini tetapi atas kredibiliti beliau juga kepimpinan jadi agak gila babi tetapi terkawal beliau sekarang adalah orang kaya dalam kalangan geng elit ini kerana beliau menguruskan sebuah firma besar iaitu TESCO sebagai staff yang rajin?????. SEbelah beliau adalah israwanddy atau raja bangkai beliau sangat bangkai kerana amat sukar menewaskan beliau dalam permainan tertentu tetapi masih mampu... lebih kurang naruto dan sasuke bagi beta. beliau juga staff di TESCO. Sebelah bangkai adalah nor'isam atau lebih dikenali sebagai paksu bukan pasu. beliau adalah tuan punya gambar disini kerana beta mengkipnep di friendster beliau... sekarang peluang cerah untuk beliau bergelar guru. Aswad adalah nama bagi rakan sebelah isam. beliau adalah pengkaraoke tersedap di antara kami, sekarang beliau terlibat dalam study di kalantan tetapi daerah tidak dapat dikesan. sebelah beliau tidak lain tidak bukan beta penghasilan blog ini... sebelah beta adalah ridzuan atau brader sangat ciut orangnya dan popular dijadikan tempat menyakat kawan lebih tepat nak menerangkannya adalah pelik tetapi benar.. dan orang yang kerap menyakat beliau adalah tak lain tak betul mustain atau polis kita. dilah mastermind dan juga pengerusi pertiena..


bagi gambar kedua terdapat tiga rakan yang tidak disenaraikan lagi iaitu hannan atau buaya al hashim. Beliau yang berdiri disamping brader kita dan mempunyai badan yang sasa telah banyak merobek hati insan yang bernama wanita.Beliau sekarang hidup berpelajaran di shah alam. Yang sedang duduk disamping beta tersayang adalah hafizi atau podolski hasan. beliau mempunyai kehebatan terpendam iaitu sebagai pemidato di kawasan UUM beliau. Terakhir sekali yang berdiri disamping mesim pembuat minuman ialah aznor yang mempunyai kekasihh bernama .............. beliau juga bakal menjadi seorang guru yang bertauliah dari UPSI seperti paksu dan brader.
selain itu beberapa rakan yang tidak dapat disenaraikan diharap ku pohon pokok dan apun tuanku kerana tidak ada kecurian gambar mereka dalam senarai gambar. Ini bukan juga sekolah convent lelaki kerana yang tersenarai diatas hanya botol tetapi kewujudan wanita dalm kenangan gambar terlalu limit dan tidak dapat disenaraikan. Tetapi insyaallah akan cuba diusahakan agar form six tahun 2007 adalah yang paling vogue. aramaiti!!!!!!!!






Sunday, December 14, 2008

Wednesday, December 10, 2008

PERLIS A.K.A. CAPETOWN



Dalam bulan disember pada tarikh apa hamba telah lupa kerana anak adam adalah kehidupan yang mudah lupa dan malas nak mengesan balik tarikh itu dengan menaiki kapal terbang berkuasa roda dua dari syarikat MASwave dan AIRASIAganas, dua sahabat yang mendapat lesen halal gel dari JPJ telah terbang d tanah ke utara tanah air sultan berperlembagaan iaitu adik kepada CAPETOWN iaitu PERLIS indra kayangan bukan sakti.

Difahamkan disini kami turut menyedekahkan al-fatihah kepada ibunda raja perlis yang meninggal pada hari tersebut(penghulu segala hari).......(tak sembahyang jumaat sebab nak jamak).Dengan keadaan bumi yang disimbahi rezeki atas perintah tuhan dari malaikat mikail tak silap(kalau tak betul komen) kami telah terbang di sekeliling kawasan raja utara tersebut.

Sebenarnya atas satu tujuan dan matlamat kami searching arena disana iaitu untuk kedaerah yang paling murah dan bersempadan dengan kawasan yang paling tak stabil politiknya iaitu dalam bahasa inggeris big field untuk membeli bekalan pakaian dan makanan yang agak murah dari AL IKHSAN dan 100% master copy dan tanpa cacat penglihatan. Sebelum itu kami pernah kekawasan tersebut membeli penutup aurat iaitu baju v.sathiyanathan cop harimau kuning dan pada tarikh ini hamba membeli penutup aurat berwarna hitam jenama bola eropah yang tertulis SAMSUNG dan dipakai oleh michael ballack. Alah membeli juara memakai......

Sebelum kami terbang menjauhi big field kami singgah keladang burung yang tak pandai terbang untuk bergambar.... yang mengejutkan gambar yang diperolehi disulami entiti yang tidak normal di negara kehidupan hamba. hujan dan pakaian baju tutup hujan membuatkan kami seperti di abang perlis iaitu CAPETOWN..... hahaha

akarnya keadan penerbangan ke kawasan seperti ini akan kerap dilakukan untuk menambah ilmu pengehtahuan dan pengalaman hidup sesuai dengan tema blog ini KEHIDUPAN supaya kehidupan ini tidak disia-sia dan keindahan tercalar didalam memori otak kiri. Sebenarnya masih banyak lagi cerita ceriti tentang perlis indra kayangan ini tetapi keaadaan tidak mengizinkan kerana kantung yang bersambung dengan belalai gajah telah dipenuhi cecair kuning dan telah mengasak untuk terkucil.... jadi hayatilah pembohongan gambar diatas....

Monday, December 8, 2008

AI TAKAHASHI



Siapakah si cantik ini? apakah bangsa kejadiannya? adakah beliau dikenali? dan kenapa di tersenarai dalam blog ini.

Blog adalah tempat pencipta meluahkan perasaan..... tetapi tidak perasaan semata-mata tetapi pendapat dan kupasan pemikiran...

disini pendapatku..

beliau adalah AI TAKAHASHI sangat dminati di asia timur dan makin menggila dia pelusuk sesetengah kawasan dan yang penting selebriti yang dapat memikat hati si penulis... dari nama si normal pun dapat meneka darimanakah kelahiran beliau, JEPUN tempat dimana si kawai-kawai boleh ditontoni. Wujud di dunia pada 14 septriasa 1986... ringkasan cerita beliau menyertai kumpulan MORNING MUSAME pada pengambilan kelima bersama-sama dengan beberapa ahli lain. suaranya lunak bagaikan buluh perindu rupa yang sedang-sedang mutiara dngan hidung yang comel dan mata yang agak bundar sekaligus antara aturan kecantikan fizikal keatas pengharapan bakal suri rumahku....mungkin...

Jika ini dianggap sebagai perasan pengharapan tetapi rezeki tidak mengenal rupa, bentuk dan jirim. ia datang tanpa diduga dan pergi begitu sahaja... lebih baik mengharap dari tidak ada tujuan.

AI TAKAHASHI semestinya mengagumkan dan agak terbukaan. jika diamati dari percakapan dialek OSAKA pulau yang menjadi kepala jepun dapat dikesan daripada pertuturan si manis ini. Terpesona? atau tidak merasa apa-apa. jika kenyataan kedua anda adalah seorang yang bukan 100% pria... secara suluhan fokusnya jika adayang merasa kebenaran dirinya seperti yang digaya adalah amat terang bulan untuk dikenali.. tetapi tidak jadi masalah jika tersimpang ke kuala asalkan indah seperti babylon pantas aku menyambar seperti kilat.. mahu yang terbaik dari ladang harus mahal dari permata dan cerewet bagai bajet kewangan agar selesa hidup dan aman.. indah luar dan dalam adalah terbaik dari luaran ai takahashi dalaman dina...

AI TAKAHASHI jika kau dari peganganku aku berdoa didepan kaabah untuk memperolehmu. tetapi ada mengatakan peganganmu adalah yang paling senang dirapuh dan senang polan mengubah.. aku doa jika keadaan ini adalah kebenaran...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...