ini adalah pasukan pemukul nyamuk disebabkan nyamuk telah pun pupus di dewan yang mulia itu menyebabkan mereka memukul bulu itik 16 lubang mencucuk gabus. kepakaran mereka bukan makhluk asing lagi dari pandangan mata fana ini tetapi keadaan ini berlaku hasil latihan basic dan keegoan manusia dalam menunjukkan skill kehidupan yang mereka telah pelajari sejak mereka mengenali sukan pukul bulu itik ini.
didalam sukan ini kita dapat melihat makhluk tuhan yang hensem dan comel (hehehe) sedang beRENTAP bukan pahlawan iban dari sarawak sedang sibuk memfokus dimanakah bulu itik itu akan dihantar dan ada aksi yang pelik turut berjaya dirakam. Saya selaku bukan pengurusi kelab badminton ingin sekali menggelakkan diri menonton pakar-pakar biologi, matematik, kesasteraan dan lain-lain terkantoi atas perbuatan sendiri
oleh itu hayatilah filem ala-ala spycam ini dan jika ada lawak himalata gelaklah kerana gelak pengubat duka.