Monday, November 30, 2009
BINTURONG...
Binturong.... adalah watak dalam siri telenovela nur kasih yang mengisahkan tentang Nur Amina yang terlalu jatuh hati dengan binturong dan ingin membelanya di bawah rumah.Tetapi apakah hasrat dayanya kerana pilihan keluarga beliau dipaksa secara gaya bebas berkahwin dengan ceplos hantu toyol kepunyaan bomoh degawan kerana bomoh degawan tidak mahu ceplos sesat dan mencuri duit di bank rakyat..
hahahaha mna ada..
binturong nie merupakan haiwan yang agak comel tapi macam agak tak betol gak..
binturong ada spesis mamalia yang mempunyai panjang dari mulut ke ekor sepanjang 4 kaki je.
Orang putih memanggilnya bearcat kerana dia ala2 beruang bercantum kucing.
kerana kelincahannya dia hidup di atas pokok sepanjang masa. Haiwan ini boleh di dapati di kawasan sub sahara afrika, eropah selatan dan sebahagian daripada asia. Ia adalah haiwan yang mencari rezeki di waktu malam dan omnivor kerana semua dia melantak hahaha
SIFAT-SIFAT BINTURONG
-suka tidur
-dah nak subuh baru tidur
-makan banyak
-lepas makan berak banyak
-perangai pelik lebih time tidur
-kadang2 rajin kadang2 malas
-cute
kepada sesiapa yang dicop aku binturong jangan marah ye
cek senarai 2 ada x sifat anda
kalu ada bertaubatlah mungkin lepas ni aku panggil dia kucing plak.. hahahaha
Thursday, November 26, 2009
BUUULANNNN...!!!!!!!!
Jika anda berketurunan super saiya jangan tengok, tenung, pandang, lihat dan maksud yang sewaktu dengannya kerana anda mungkin tidak mahu di panggil beruk bodoh selepas itu kerana mengamuk tak tentu pasal dan merosakkan kediaman orang ramai...
sungguh pun anda berbangga anda keturunan super saiya sila fikirkan kembali..
lihat di sekeliling anda...
mengapa anda pakai baju putih dan ramai rakan2 anda pun demikian..
rupa2nya anda berada di...
HOSPITAL MENTAL TANJUNG RAMBUTAN..!!!!!
Bulan merupakan aset yang amat penting untuk bumi kerana tanpa bulan macam mana manusia nak buat lagu tentang bulan..
macam mana yuna nak nyanyi lagu tanpa ayat bulan..
dan macam mana time perempuan mengambang nak mengatakan datang bulan...
bulan sudah sebati di dalam kehidupan manusia sekian lama..
bulan adalah tanda punca rezeki manusia..
jika bulan sedang mengambang bermakna kaki2 pancing sepertiku akan keluar mencari ikan di air laut yang pasang..
tanpa bulan gelaplah malam dengan sedikit sahaja cahaya bintang..
aku suka bulan..
tetapi bintang terlihat terang..
saat dirimu datang..
oh bulan...
kan melayan diriku lagi..
lihatlah matahariku..
puisi tentang laguku..
layan je la.....
Wednesday, November 25, 2009
OH BULAN.........CANTIKNYA BULAN........
oh bulan...
tapi kau mcm bintang hatiku..
pabila air muka mu membasahi aku..
dan lagu2 kegemaranku sering memuji kamu..
pabila kau bersama aku..
hahahaha
kalau bulan jatuh ke riba tergolek2 dan ada yuna atas bulan 2
aku snggup berenang lautan parit untuk melamar beliau kalau beliau kata
YES I DO..
dan sebenarnya kau memang cantik yuna
bila aku dapat berjumpa dia secara live di mata bukan di kotak bergambar
walaupun umurmu beza 2 tahun tapi cinta tak mengenal usia
ala bnyk selebriti kawen umor berbeza
mana nak tahu tengiling bergolek didepan aku ke
cantik orang yang terkenal nih
aku respect and berminat ngan makhluk tuhan ni sebab nampak cool n best tengok pompuan pegang gitar lpas 2 pkai tudung pulak
nampak rocker+suci=rocklimah hahaha
dah la lagu2 beliau menusuk kelambu eh kalbu
suara bagaikan burung perindu eh buluh perindu
macam mana aku x membulu
dibuai keseksian suaramu itu
yunalis zarai namamu....
dan sebenarnya..
dan sebenarnya.....
i love you...
FUTSAL IS CINTA
APAKAH... maksud futsal is cinta???
maksudnya aku adalah lelaki tulen kerana minat bermain futsal...hahaha
Pada mulanya futsal ini telah dirancang pada pukul 4 oleh rakanku yang montel bernama walid, tetapi telah dibatalkan pada waktu syaitan bergembira tepat pkl 8.15pm, baru je aku merempit untuk membuat persediaan ke ladang futsal yang akan diadakan pada pukul 12.00pm..
dgn muka toyanya aku balik rumah dan duduk dihadapan laptop ala2 tranformer nih..
kami sebenarnya merancang untuk berlawan dengan geng-geng cikgu tetapi dibatalkan kerana mak mereka melarang keluar(umo 21 pun kena kawal ngan family malu-malu)
tapi pada jam syaitan mabuk iaitu 10.05pm rancangan tetap diteruskan kerana kami mempunyai perasaan gelora dan nafsu yang makin memuncah dekat bola 2..
cari punya cari akhirnya berjaya kami mencukupkan set pemain dan ada extra lagi tau..
padan muka geng cikgu penakut sangat...
Para-para sakura bunga raya akhirnya berkumpul dan seperti kata orang waktu permainan kami adalah menggunakan jam melayu iaitu lewat 35minit kot sebab kami tempah court jam 12 malam tapi dalam 12.35am baru kami main hahaha
xpe janji nafsu telah dilampias kepada bola itu...
aku seperti biasa la nampak kuat tapi semput macam kereta evo yang x di overhaul hahaha
x sampai 15minit dah tergolek kerana ada pemain extra jadi kami menggunakan teknik bergilir beramai-ramai supaya kepuasan terjamin.
dalam masa terdekat nie mungkin kami aku bertanding lagi dalam piala raja-raja futsal tajaan harta ibu bapa kami...
kalau dilihat pada gambar profesional di atas itu aku terpaksa pakai kasut form 5 sebab x ada kasut tertinggal di negeri sultan mizan huhu
p/s:semoga aktiviti ini menurunkan kembali berat badanku walaupun akux gemok pun hahaha
Friday, November 13, 2009
KEGANASAN LAUT PANTAI TIMUR
Keganasan ombak pantai timur, seperti biasa apabila berlaku peralihan monsun barat daya ke timur laut pada bulan oktober setiap tahun. ombak di sepanjang pantai timur tidak kira di mana dapat dilihat mengulung setinggi 4 meter.(tinggi aku 124cm) huhu tinggi siot.
Walaupun begitu asas kesawanan orang lelaki itu dianggap sebagai cabaran hidup untuk terus melayan darah muda ini....
Kami tetap meneruskan saingan dengan pantai yang bergelora itu bermain seperti anak itik tenggelam timbul di gigi ombak.(tak berani mandi dalam laut nanti masuk berita pulak di ruangan korban kecelakan amukan laut)
aku pun bermain di gigi air juga kerana mengikut kata orang yang disayangi kalau___mandi kat laut___xmau kawan ngan___. isi tempat kosong..
sayang nak buat macam mana kena jujur la ,baru keikhlasan tu tuhan tunjuk... hehe
UDM ????
Siapakah dia yang memandang di sebalik dindang kaca luar melihat kereta lalu lalang duduk di depanku ini?
dikenali dengan title awekku dari UDM tp siapakah dia?
tapi dunia ini harus bijak dengan putar belit seperti kentang putar yang baru habis kami makan bersama tp asing-asing la
biar kawan tapi senang, biar sayang asal aman,
tengok macam nak nyanyi bila ku sedari diri disayangi.
minta maaf kepada yang teringin menatap wajahnya buat masa sekarang biar tatapan side je.
nanti kalau kami dah masuk perangkap tahulah siapa yang begitu dekat nie
tapi kami juga macam sang kancil yg bijak melalui perangkap yang di buat, tambahan lagi tuhan lagi berkuasa meletakkan nasib yang baik walaupun ada keadaan orang putih panggil CLOSE CALL.
kamik sayang kitak dan kitak sayang kamik
comey dye nih......
Thursday, November 12, 2009
DARI TIMUR KE BARAT
Dari Timur ke Barat bermaksud perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Negeri kami masing-masing aku PENANG dan rakanku yang lain KEDAH (walaupun duan baru menjadi rakyat kedah sebelum nie besut ganu) perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 7 jam perjalanan penang, mereka tidak tahu lah kerana adhim alor setar, duan maybe sampai awal kerana sungai petani saja beliau dan wan entah kemana kerana mula kata ikut ke kulim tapi tiba-tiba hilang bagaikan angin. Aku turun di kulim masuk penanti dan tiba di Tasek Gelugor tepat jam 2.18 petang. Tepat waktu itu juga orang yang aku sayang tiba di negeri kenyalangnya. hehe (sayang). Berikut adalah secebis gambar yang dapatku ambil semasa perjalanan yang hebat itu.
p/s aku akan cuba menceritakan perjalan hidupku di blog ni walaupun sebelum nih malas langsung pun aku nak update......
Subscribe to:
Posts (Atom)