Thursday, December 23, 2010

GHOST MAMA LIMAH RETURN HOME..
















pada tarikh di gambar di atas aku tengok wayang..~sign~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hehehe saja ja.. hahaha
aku dan kawan-kawan pergi menonton pun wayangnya di sunway carnival pun..
critanya pun adalah itulah pun HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH..
secara umumnya pun crita ini kan mengisahkan pun kesinambungan dalam crita ZOMBI KAMPUNG PISANG PUN KAN NIE.... hahaha

dah tergeliat ejaan pulak...

okey2.. crita nie ada la beberapa pelakon baru macam ABU HURAIRAH dan NIN.. yang penting awie mesti ada walaupun Q hayder dah tak dak.. huhuhu pape pun crita nih best la juga tapi tak la sebest crita zombi kapung pisang dulu...

sebelum masuk beli dulu sejenis popcorn dan sebuah air minuman.. belum crita mula popcorn dimulakan dahulu.. baru 10% crita dah habis popcorn hahahaha

review crita nie mula-mula memang best dengan awienya dengan orang kampungnya buat lawak.. tapi ending dia merapu cikit tak mantap sangat.. boleh la 3 bintang setengah hah hah hah.. lepas tengok crita tu turun bawah try kerusi urut ogawa bukan ozawa hahaha
makan apa entah lupa dah ingat2!!! waferrrrr... lepas makan wafer nak balik la pula nak makan char koew teow kat kepala batas.. char koew teow maybank yang sedap tu... hehehehe
.
.
.
.
.
.
.
.
sebenarnya ada story ckit masa balik nie.. malu+pengalaman.....
pergi naik kereta kawan dan mestila balik pun kereta kawan.. bajet nak ikut jalan raya pakai touch n go... sampai saja lorong touch n go kad tu pun di touch n not go????
hahahaha
dalam kad tak dak duit dah malu-malu.. nak patah balik ada kereta blakang... tiba-tiba abang belakang bagi la kad touch n go dia kami lepas dia pulak tak lepas bagi kat dia balik sebab kad tu dah di touch dia tak akan detect dah jadi abang tu kena bayar la ikut tol biasa..

nak jadi ceritanya lepas abang tu bayar dia lambai ja kat kami lupa nak bagi tiket..kami pun gelak beramai-ramai macam mana nak masuk tol BERTAM nanti hahahaha
lepas tanya abang yang jaga tol 2 kami dengan confident masuk juga touch ngo bertam.. sebab tak bayar tadi jenuh kakak yang jaga tu telefon tol sana nak confirmkan.. punya lama terduduk dalam kreta sampai sembang merapu.. lama punya lama punya lama bayarla duit tol dan lepas gak sampai char koew teow..

story la kat walidun ngn ikhwani.. depa gelak la seperti biasa hahaha
dah makan kalut sembayang maghrib duduk dulu tengok bola kat rumah walid MALAYSIA vs VIETNAM (Malaysia menang 2:0) baru la gagah balik.. penat campur tak larat ...

p/s jangan confident di touch n go.

Wednesday, December 22, 2010

ATTENTION!!!!

Lepas nie setiap gambar yang akan di post ke blog CEQ nie akan di letakkan sedikit watermark supaya gambar tidak akan di 'kidnep' hehehe

contohnya.......


jadi sama-sama kita menuju hak yang benar hahaha

SAYA GILA SAYA KE BALIK PULAU..
















Pada 9 disember yang lampau aku telah pergi seperti biasa membuat laluan peta baru untuk negeri Pulau Pinang. Setiap hari sorang ataupun beramai-ramai hobi melakar peta realiti ini adalah satu yang sering dilakukan oleh golongan pengembara ini..

nak cipta motto nih.."JAUH LAKARAN PETA LUAS PENGALAMAN HIDUP"

Bermula dari rumah la seperti biasa.. gambar diatas diceritakan dari bawah ke atas sebenarnya apa punya download la..

Masuk tol harga motosikal RM1.40 kalau kereta RM7.00 kalau kereta touch n go bridge RM5.70.. engok pemandangan laut yang separa tercemar tapi boleh la mandi.. bermula dari jalan lama iaitu jalan belakang macam USM, jelutong, dan lain-lain terus ke Batu Feringghi.. (ikut laluan bukit dalam juga)

yang best masa perjalanan kita layan corner dan pemandangan yeah!!!
layan corner yang paling best dari Taman Rama-rama sampai ke Balik Pulau.. hahahaha..

selepas tu ada lagi corner.. dari balik pulau turun nak p tokong kek lok si... sana memang best laju ja wahhh...

sebelum balik nak juga tangkap sikit gambar kat Persiaran Gurney ala-ala miami..
ada cerita kat sini. Aku selesai tangkap gambar ada sorang mamat nak kutip duit paking aku tak turun pun motor belum sempat dia mai aku blah!!! dia panggil padan muka dia nak duit sangat..hahahaha

aku balik ikut jambatan balik malas naik FERI..hehehe

p/s ronda-ronda lah sebelum anda tak ada kesempatan..

Wednesday, December 8, 2010

GOOD CANDIDDDDD...







gambar yg ditangkap nie lebih cerah dari gambar-gambar sebelum nie kan???

ini kerana gambar nie di tangkap menggunakan kamera dari SONY ERICSSON K810i hahaha
my new handphone.. gambar lebih better kualiti cybershot 3.2 megapixel with 1-5.2mm 1.2.8 zooming.. best bermain ngn handphone nie.. cita-cita nak pakai yang ada 3G punya pun jadi kenyataan wah3!!!!

nie gambar amik masa operasi membersihkan rumah yang mana rumput baru di potong dan rumput mati telah dalam operasi bakar.. guna minyak petrol lagi..
di sambar zooommmm!!!!!!!!!!!! bahaya api siot....

lepas main api main tangkap gambar tak tentu pasal pulak.. ada yang melompat dan ada yang tercegat hahaha

layan lah gambar-gambar yang penuh sentimental di atas ok..

p/s: xdak usb ada banyak lagi bahan nak letak

Thursday, November 4, 2010

KEHIDUPAN DUNIA



Nie adalah perkembangan terbaru di rumah aku semenjak dua menjak kuliah habis...
semua dah jadi macam beruang tido lebih had dan bangun terlebih had juga..

nak kata depa kerja malam gatai juga buat kerja malam-malam..
nak kata aku tidur awal sama gak dengan depa aku tidur..

tapi inilah kehidupan beruniversiti..
best-best.!!!!

p/s: bangun awal joging kan best...

Wednesday, November 3, 2010

PENJENAYAH SUDAH DITANGKAP



PENJENAYAH BESAR
kesalahan: gelak tanpa henti sehingga membunuh jiran rumah kampung sebelah
berat badan: 90kg keatas
tahap kehenseman: beliau kata macam india
status: single

p/s: harga boleh nego..siapa cepat dia dapat.. tel sahaja SMS tidak akan dilayan..

LEMBU VS CAT..HEHEHE



cuba cari mana kucing tu hehehe
gambar nie menceritakan 1001 makna sebenarnya..
aku amik gambar nie sebab lawak tengok seekor kucing tengok seekor lembu
(sapi kata si jebon betina) sedang makan sampah...

adakah lembu nie dah jadi remaja melayu yang makan sampah KFC????
adakah lembu ini demam sampai kena makan sampah sebagai ubat???
adakah kucing ini takut nak lawan dengan lembu sebab lembu yang besar makan makanan dia??
ataupun adakah lembu ini adalah UNDERCOVER POLIS bagi UMT?

fikir-fikirkan lah hehehe

bila tengok lembu ada dua ja aku ingat..lembu yang tak dak otak lintas jalan sampai aku eksiden sorang-sorang ( lembu setiu memang begitu kata YUNA)

yang kedua my fren crita dengan bersungguh-sungguh dia kena kejar dengan sapi bah.hahaha jebon pun takut sapi hehehe

yang best cuba layan video nih dengan hayati dialog yang amat bermakna ini.. bing..bingg..!!!





p/s: sila berhati-hati dengan lembu sebab lembu ada otak tapi akal tak dak hahaha..

OMBAK JAHAT SECOND TRIBUTE





Pada tarikh 31hb oktober 2010 Terengganu telah di landa ribut kuat sehingga menyebabkan hujan turun sepanjang hari tanpa rehat yang secukupnya..sebenarnya hujan ni banyak stamina sebab sejak 30hb lagi dia turun tanpa segan silu seperti pelari marathon..

hujan yang lebat dan renyai kadang-kadang ini sebenarnya membuatkan makhluk tuhan jadi malas untuk keluar berdamping dengan alam sekitar.. tetapi pada petang ini setelah pagi tadi pulang tengok orang amik lesen hehehehe aku telah turun kepantai untuk melihat peristiwa ombak jahat yang menghempas pantai tanpa kesabaran.. habis bahagian pondok nelayan dijarah pengali tanah unsur air masin ini..sebatang pokok turut rebah mencium bunyi..

best tengok semua ni tapi bahaya kalau nak mandi sebab laut macam perang dunia ja.. boleh membawa maut jika terkena dos berlebihan.. nak tengok kuasa laut ombak jahat layan video nih zasss!!!!!






video ini menceritakan segalanya(bukan benda lawak) serius nih..huhuhu

p/s: tengok dalam FB semua kata sejuk la.. hujan la.. come on la...

Monday, November 1, 2010

BBQ di pantai panti....



BBQ...
khamis...
3.30ptg...
16 orang...
PANTAI TOK JEMBAL!!!!!!!!!!!!!!......

Apa yang berkenaan diatas adalah hari dimana kami sekeluarga yang di gelar GENG SPANAR (geng baru rekaan adhim) telah mengadakan hari terbuka poseso secara kecil2an..
tak dak pun proposal nak bagi kat KJ.. hanya ketua projek si pudin.. pengarah projek si hitam.. dan bendahari aku yang bernama seri..

16 orang join iaitu:
apipudin
olak ronggeng
adhim
aku sayang niza
datuk nuar
ilyas the puaka men
zaiton
yana
mida
along
wan perak
natasha anis
ciken
si comey
hawa RI
ain..

semua di atas telah menjayakan program dengan tulus cemerlang dan mari makan..hehehe

antara makanan yang terlibat:
ayam yang dipanggang
sosej
kerang
salad
air sarsi

majlis sebenarnya bermula pukul 5 sebab yang pompuan pakat-pakat mai pukoi 5.. kami dah siap bakar satu round dah.. memang nyum2..hehehe

setelash ciap dibakar semua kami pun nyum2 beramai2 sambil bergambar.. yang laki di bawah
yang perempuan di atas.. dan lain-lain lagi...

majlis tamat pada pukul 7 selepas azan magrib kerana perempuan tak boleh balik lewat-lewat lebih-lebih si comey..

masa nak antar barang balik dan patah balik ke pantai hujan turun secara mengejut terkejut.. habis kebasahan sampai pantai masa nak punggah last barang bawak balik.. huhuhu
tapi segalanya adalah sempurna dan best.. kami balik sambil bunyi kucing.. ilyas x reti bunyi dia marah kami pulak suruh diam..hahaha

untuk pengehtahuan pembaca semua kebanyakan barang kami beli kat mydin.. ayam 6 ekor dan sayur-sayuran khususnya..
pagi beli arang dengan sayur salad.. adim ngan olak beli kerang..

P/s: nak ajak jebon sekali tapi dengar depa nak kuar hari tu..jadi x jadi ajak..sorry my fren..hehehe

Saturday, October 23, 2010

MY JANTUNG PRESENT SIOT..



pada hari jumaat 21 oktober lalu.. kami ada kolokium(dia tuleih kat pinggan hadiah macam ni) kt auditorium FPE.. memang boring dan tgk saja apa yang pelik dari mereka..
tapi separuh dari niat hati aku hanya nak tengok si jantung hati bentang hehehe

kami mai kolokium iaitu adim, olak, apit dan aku hanya membayar RM2 untuk hamper saja tapi makan kami x bayar pun hehehe
tapi yang bagusnya masa dalam auditorium tu.. Puan Nizaita iaitu kami punya KJ ada membuat pengumuman dan telah membuat kejutan yang dahsyat lagi mengeli hatikan.. fakulti telah meluluskan duit untuk support makan semua pelajar yang hadir ke kolokium ini..hahahahaha

padan muka kepada yang membayar duit tu.. tengahari kami makan free ja.. (tapi kecian gak)
..
..
..
..
..
..
..
..
my goal is actually to see my heart..

akhirnya tiba waktu pembentangannya dan aku merakam semua aksi sayangku di atas pentas itu sangat menarik dan lancar..
selepas tamat pembentangan beliau msg kata ok x?
bg aku mmg ok..
dia memang hebat..
aku bangga dengan dia..
usaha ke tahap yang terbaik..

selepas tamat semua pembentangan akhirnya dia telah mendapat hadiah sebagai pembentang terbaik..
adalah layak dia dapat sebab dia
..
..
..
..
..
..
..
..
MY HEART.............................................

p/s bangga aku dengan dia......

Sunday, October 17, 2010

MANDI MANDI KOLAM UMT



pukul 5 hari sabtu 16hb 10.. saya mandi manda di kolam UMT yang baru buka.. mula masuk tak berani sebab perempuan mandi..tapi akibat desakan nafsu syahwat untuk mandi saudara aredym dan apit telah mengambil keputusan untuk mandi..hahahaha

aku yang mula pakai seluar jeans buka dan terjun juga pakai tight didalam tanpa spender.. punya la baik berenang dengan gaya katak first dan gaya belakang apakejadah tah... mandi kolam dalam selam tapi x sampai tengok-tengok pak guard dalam keadaan jelous datang dan halu kami..huhuhu

kami pun tengok la olak jogging kat trek.. pening-pening tengok-tengok ada orang mai terjun lagi kat kolam.. mula-mula malas tapi dah semua p aku pun terjun la sekali.. sempat rakam dulu sebelum terjun nak tunjuk betama ramai la orang mandi manda..

nampak kelibat pompuan.. tak salah mereka mandi sekali tapi tolong la sopan ckit kami nie lelaki hehehe bukan tengok muka dah tengok lain hak3
tapi sebab teringat bini di rumah kawal-kawal dulu hehehe

pukul 6.45 petang balek...

p/s: enjoy ea kawan-kawan tengok la kolam UMT tepi hostel macam nie la jadi..

Saturday, October 16, 2010

BOB MARLEY MBKT



BOB MARLEY...
bukan bob marley tapi lagi advance dari bob marley..
rambut beliau iras2 bob marley tapi versi busuk punya dah mcm sarang burung, penuh tahi burung, burung punya orang huhu

beliau adalah orang yang kurang siuman tempat beliau ditemui di bahgia bawah MBKT duduk dalam keadaan selamber badak sambil makan tak silap.. kuku mcm hantu raya..
tapi sebagai hamba ALLAH swt.. kita xleh nak buli dia sebab dia pun x mau jadi seperti berikut ala2 hospital tampoi.hehehe
sumpah busuk sungguh diharap pihak MBKT tolonglah beliau dan letakkan ditempat yang lebih sesuai.. muka muda lagi..

p/s tujuan nak tengok jersi baru kat atas je hehehe

Thursday, September 23, 2010

JUMPA ULAR BELA ULAR...







hari isnin 20 september 2010 seekor ular telah dikesan oleh encik aredym sedang melilit di motor datuk nuar al takut.. ular dari spesis sawa ini telah timbul secara tiba2.. ngeri dan menakutkan tetapi ular ini sekarang telah dijadikan haiwan belaan pulak huhu takut la..

ular oh ular aku nak lepas tapi depa xmau jadi duduk sat nak bagi makan dulu baru nanti lepas cian ular nih..
pape pun saya takut ular..

Saturday, September 18, 2010

FROM PENANG TO GANUUU...


Nak bertolak 7.45am


area lepas kuala ketil 8.05am


LBHRYA TIMUR BARAT 8.50am


8.52am


8.53am


8.55am


8.56am



grik-jeli video edition (laju!!!!!) konerrr baekk


dekat tanam merah 12.05pm

alawi hensem (spesial punya)


setiu lebih kurang...(mie pecutt)


nak dekat tapi jauh hahaha

HU.. HAAA.. HUU.. HA..

penat tapi berbaloiii... saya suka jalan jauh-jauh.. jauh perjalanan luas perjalanan hehe
mula perjalanan jam 7.40am lebih segar lagi mata walaupun tido malam tu pukul 2 lebih.. sebenarnya aku rindu lagi rumah tak mau pi terengganu tapi dah jadi jalan idup aku kena rempuh terengganu sebelum berjaya nak buat macam mana..

kat ganu sayang nak balek gak hehe(rinduuu)

bertolak jalan berlainan selalu masuk lunas kulim tapi hari nih masuk kampung selamat padang serai entah la apa kawasan tu sampai kuala ketil jumpa duan the LC man hehe trus jalan kami dua dari kuala ketil sampai lebuhraya timur barat berenti grik isi minyak.. sambung lagi huhuhu penat layan koner ciap lumba ngan sorang budak yang balik gak.. (duan xpandai sgt layan corner bukan penang) hehehe aku nak pecut tapi duan koner tekan brek ja huhu. kalu aku nek LC dia aku sampai 15 minit awai punya kat jeli tu.. potong semua kenderaan kora-kora atas jalan.. jalan tu mak bapak aku yang punya hahaha

sampai jeli isi minyak lagi banyak geng-geng motor dari timur nak pi barat kat situ.. aku duan teruskan perjalanan selama 2jam lagi ke tanah merah dan tepat 12.00pm sampai tunggu mamat-mamat motor len.. iaitu:
the mie
rossi valenkopi
alawi lawiya

sorang lagi kami jumpa kat kawasan setiu..

singgah jap rumah lama duan jumpa orang kampung dia..

HU..HA..HU..HA

jalan lagi singgah masjid kayu tingkap sliding hehehe OTW nak p UMT singgah makan kat gerai selekoh jalan pantai depan masjid (penah makan ngn family) dan aku nak bagi taw
SEJARAHHH!!!!!!
aku makan BUDUUUUUU!!!!!
rasa budu.....
Boleh tahannn hehehe
nak lagi juga rase.. he sori Jebon budu sedap la pulak ko yang xleh makan kot heeeee..

n thennn.... lumba sapa sampai UMT dulu(umah sewa ja..) hahaha
tepat lebih kurang 4+++ sampai la UMTku..
hehehehe

tamat la kisah pengembaraan aku dan kawan-kawan.. jangan riso ada lagi semua hahaha

jadi untuk lebih memahami pengembaraan ini tengok-tengok gambar dan video tu ea...

p/s: abih semua aku pi amik yang tersayang heee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...