Monday, May 31, 2010
BILA LAPTOP DAH ROO-SUCK!!!
Apabila laptop dah rosak.. kaedah yang digunapakai adalah seperti yang tertera di dalam gambar tersebut.. skrin laptop adalah hati bagi laptop tetapi apabila hati rosak maka menyakitkan hati tuan laptop ini.. padah-padah..
apabila ditanya harga skrin tersebut maka menangislah peminjam PTPTN ini kerana harganya hampir separuh laptop yang dibeli ini
RM800..!!!!!!!
gila ataupun sawan kuda..ingat ambo ini kayo macam kerajaan langit..ambo ini hanya seorang hamba yang biasa yang mempunyai kekasih yang setia serta bekerja tanpa gaji bukan orang gaji..sebenarnya gambar di atas adalah untuk menunjukkan betapa kretifnya ambo menyusun barangan eletronik ala-ala NASA..hahaha speaker di tepi playstation 2 dan kotak bersuara di atas dan dibawah..yang diatas khas untuk peperangan playstation manakala yang dibawah adalah khas untuk sambungan laptop yang rosak pada skrinnya..terpaksa la berkreatif dan inovatif sedikit untuk ber online nih.hahaha
Saturday, May 29, 2010
KENDURI KAWEN EIHAAAA!!!
Pada 29hb mei 2010 adalah hari jadi peot tetapi pada hari ini adalah lebih bermakna lagi apabila hari adalah hari nikah kawan eihaaaaa... hahahaha menikah 28 sebenarnya tapi apa jadi selepas nikah hanya tuhan dan mereka sahja yang tahu hehehe
titik pertemuan pertama adalah rumah waliwad yang di janjikan pada pukul 12.30tghari tetapi telah ditukar ke 12.15 dan destinasi turut berubah fikiran iaitu di rumah safini yamin jadi tanpa segan sila aku bergerak laju ke rumah yang menjadi target itu..sesampai di rumah beliau kelihatan 2 makhluk perosak akhlah iaitu zahran yahya dan saiful panjangman siap siaga menuggu di kawasan itu.. walid yang berjanji akan datang setelah menghantar sayur-sayuran kepada nenek di pokok sena akhirnya tiba juga di sana. setelah duduk seminit dua maka tiba pula si polan amar sudin dan kekasih beliau.. lepak sebentar bersama encik yamin dan bertolak ke rumah eihaaaaaa...
wait a minutes!!!! nampak salmi dan jijah pula otw ke rumah safini tapi nasib baik rakan baja itam menaiki kereta tentera datang. dapat juga mereka merasa menaiki kereta.. syukur alhamduliliah..
dalam perjalanan jumpa sufian saidin yang baru dalam perjalanan bertolak ke rumah walid.. titik pertemuan adalah di depan balai polis tasek gelugor.
penat nak crita..sampai rumah eiha makan dapat hadiah jumpa kawan-kawan.. dan mcm2 lagi.. tangkap gambar dengan orang-orang huhu banyaknya nak crita.. jadi layan la video yang dirakam ea..hahahaha
DARJAH SATU MACAM HANTU
Memang hantu budak darjah satu..yang tu jelah boleh dikatakan setelah mengajar budak-budak darjah satu tusyen pada malam hari.. sebenarnya hantu lebih diam kalau mereka bermain-main tetapi ini bukan hantu merekalah yang mengajar hantu sebenarnya bagaimana untuk bermain.. tetapi ini adalah pengalaman buruk dan baik sebenarnya.. sedikit sebanyak aku boleh menambahkan ilmu tentang murid-murid.. mana tahu satu hari nanti guru juga bidang yang akan aku ceburi.
Cara-cara untuk mengajar murid tahun satu adalah;
(1)muka bengis dan masam
(2)bercakap dengan nada yang menggerunkan
(3)sentiasa meliar mata anda dan jangan bagi peluang mereka bergerak
(4)mata harus sentiasa meliar sekeliling
(5)ajar dengan cara terhormat sekiranya mereka mula membuat bising cepat-cepat ketuk meja
(6)fokus kepada semua pelajar dan ajar secara adil
(7)jangan mengambil hati apa yang mereka cakapkan kerana mereka tidak tahu makna sebenarnya
(8)cekal!!!!!!
PERJALANAN KUCING BERSAMA AL APIT
Ini adalah journey from the north to the south actually..apit adalah sun wukong aku adalah imam sangzang dan 2 ekor binatang yang baek hati sedang dalam perjalanan berjumpa kitab baru di seremban negeri sembilan.. hahahaha..
Sebenarnya ini adalah rakaman ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah al apit ke penang... di yakini kawasan ini adalah kawasan nilai di n.sembilan tempat perumahan seorang illyas yang tidak berjaya mengikuti progrm latihan industri..kecian beliau huhuhu
jika dapat dihayati kata-kata pakar bahasa rojak disini anda akan tergelak kecil tetapi boleh mengakibatkan strok kecil sehingga anda terkencing di dalam seluar.. hayatilah dialog sepontan yang dikeluarkan sehingga anda paham apa sebenarnya yang sepatutnya anda ketahui..