Thursday, December 23, 2010

GHOST MAMA LIMAH RETURN HOME..
















pada tarikh di gambar di atas aku tengok wayang..~sign~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hehehe saja ja.. hahaha
aku dan kawan-kawan pergi menonton pun wayangnya di sunway carnival pun..
critanya pun adalah itulah pun HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH..
secara umumnya pun crita ini kan mengisahkan pun kesinambungan dalam crita ZOMBI KAMPUNG PISANG PUN KAN NIE.... hahaha

dah tergeliat ejaan pulak...

okey2.. crita nie ada la beberapa pelakon baru macam ABU HURAIRAH dan NIN.. yang penting awie mesti ada walaupun Q hayder dah tak dak.. huhuhu pape pun crita nih best la juga tapi tak la sebest crita zombi kapung pisang dulu...

sebelum masuk beli dulu sejenis popcorn dan sebuah air minuman.. belum crita mula popcorn dimulakan dahulu.. baru 10% crita dah habis popcorn hahahaha

review crita nie mula-mula memang best dengan awienya dengan orang kampungnya buat lawak.. tapi ending dia merapu cikit tak mantap sangat.. boleh la 3 bintang setengah hah hah hah.. lepas tengok crita tu turun bawah try kerusi urut ogawa bukan ozawa hahaha
makan apa entah lupa dah ingat2!!! waferrrrr... lepas makan wafer nak balik la pula nak makan char koew teow kat kepala batas.. char koew teow maybank yang sedap tu... hehehehe
.
.
.
.
.
.
.
.
sebenarnya ada story ckit masa balik nie.. malu+pengalaman.....
pergi naik kereta kawan dan mestila balik pun kereta kawan.. bajet nak ikut jalan raya pakai touch n go... sampai saja lorong touch n go kad tu pun di touch n not go????
hahahaha
dalam kad tak dak duit dah malu-malu.. nak patah balik ada kereta blakang... tiba-tiba abang belakang bagi la kad touch n go dia kami lepas dia pulak tak lepas bagi kat dia balik sebab kad tu dah di touch dia tak akan detect dah jadi abang tu kena bayar la ikut tol biasa..

nak jadi ceritanya lepas abang tu bayar dia lambai ja kat kami lupa nak bagi tiket..kami pun gelak beramai-ramai macam mana nak masuk tol BERTAM nanti hahahaha
lepas tanya abang yang jaga tol 2 kami dengan confident masuk juga touch ngo bertam.. sebab tak bayar tadi jenuh kakak yang jaga tu telefon tol sana nak confirmkan.. punya lama terduduk dalam kreta sampai sembang merapu.. lama punya lama punya lama bayarla duit tol dan lepas gak sampai char koew teow..

story la kat walidun ngn ikhwani.. depa gelak la seperti biasa hahaha
dah makan kalut sembayang maghrib duduk dulu tengok bola kat rumah walid MALAYSIA vs VIETNAM (Malaysia menang 2:0) baru la gagah balik.. penat campur tak larat ...

p/s jangan confident di touch n go.

Wednesday, December 22, 2010

ATTENTION!!!!

Lepas nie setiap gambar yang akan di post ke blog CEQ nie akan di letakkan sedikit watermark supaya gambar tidak akan di 'kidnep' hehehe

contohnya.......


jadi sama-sama kita menuju hak yang benar hahaha

SAYA GILA SAYA KE BALIK PULAU..
















Pada 9 disember yang lampau aku telah pergi seperti biasa membuat laluan peta baru untuk negeri Pulau Pinang. Setiap hari sorang ataupun beramai-ramai hobi melakar peta realiti ini adalah satu yang sering dilakukan oleh golongan pengembara ini..

nak cipta motto nih.."JAUH LAKARAN PETA LUAS PENGALAMAN HIDUP"

Bermula dari rumah la seperti biasa.. gambar diatas diceritakan dari bawah ke atas sebenarnya apa punya download la..

Masuk tol harga motosikal RM1.40 kalau kereta RM7.00 kalau kereta touch n go bridge RM5.70.. engok pemandangan laut yang separa tercemar tapi boleh la mandi.. bermula dari jalan lama iaitu jalan belakang macam USM, jelutong, dan lain-lain terus ke Batu Feringghi.. (ikut laluan bukit dalam juga)

yang best masa perjalanan kita layan corner dan pemandangan yeah!!!
layan corner yang paling best dari Taman Rama-rama sampai ke Balik Pulau.. hahahaha..

selepas tu ada lagi corner.. dari balik pulau turun nak p tokong kek lok si... sana memang best laju ja wahhh...

sebelum balik nak juga tangkap sikit gambar kat Persiaran Gurney ala-ala miami..
ada cerita kat sini. Aku selesai tangkap gambar ada sorang mamat nak kutip duit paking aku tak turun pun motor belum sempat dia mai aku blah!!! dia panggil padan muka dia nak duit sangat..hahahaha

aku balik ikut jambatan balik malas naik FERI..hehehe

p/s ronda-ronda lah sebelum anda tak ada kesempatan..

Wednesday, December 8, 2010

GOOD CANDIDDDDD...







gambar yg ditangkap nie lebih cerah dari gambar-gambar sebelum nie kan???

ini kerana gambar nie di tangkap menggunakan kamera dari SONY ERICSSON K810i hahaha
my new handphone.. gambar lebih better kualiti cybershot 3.2 megapixel with 1-5.2mm 1.2.8 zooming.. best bermain ngn handphone nie.. cita-cita nak pakai yang ada 3G punya pun jadi kenyataan wah3!!!!

nie gambar amik masa operasi membersihkan rumah yang mana rumput baru di potong dan rumput mati telah dalam operasi bakar.. guna minyak petrol lagi..
di sambar zooommmm!!!!!!!!!!!! bahaya api siot....

lepas main api main tangkap gambar tak tentu pasal pulak.. ada yang melompat dan ada yang tercegat hahaha

layan lah gambar-gambar yang penuh sentimental di atas ok..

p/s: xdak usb ada banyak lagi bahan nak letak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...