video ini menunjukkan keselamatan yang tak seberapa tetapi tidak berlaku kecurian. biarkan harta di tepi jalan dan kenderaaan tak di kunci masih ada yang sayang. impak kasih sayang warga umt insan cakna graduan lestari menyebabkan keselamatan dilaksanakan sendiri oleh polisi pelajar melindungan warga dan berkerjasama..
Friday, January 30, 2009
Wednesday, December 17, 2008
RENUNGAN

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
....dan dosa-dosa yang silam disulami denga taubat kepada Dzat yang memiliki mu"
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan
namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga
kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu
sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.
Tuesday, December 16, 2008
WIRA DATO ONN

Sunday, December 14, 2008
Wednesday, December 10, 2008
PERLIS A.K.A. CAPETOWN
Dalam bulan disember pada tarikh apa hamba telah lupa kerana anak adam adalah kehidupan yang mudah lupa dan malas nak mengesan balik tarikh itu dengan menaiki kapal terbang berkuasa roda dua dari syarikat MASwave dan AIRASIAganas, dua sahabat yang mendapat lesen halal gel dari JPJ telah terbang d tanah ke utara tanah air sultan berperlembagaan iaitu adik kepada CAPETOWN iaitu PERLIS indra kayangan bukan sakti.
Difahamkan disini kami turut menyedekahkan al-fatihah kepada ibunda raja perlis yang meninggal pada hari tersebut(penghulu segala hari).......(tak sembahyang jumaat sebab nak jamak).Dengan keadaan bumi yang disimbahi rezeki atas perintah tuhan dari malaikat mikail tak silap(kalau tak betul komen) kami telah terbang di sekeliling kawasan raja utara tersebut.
Sebenarnya atas satu tujuan dan matlamat kami searching arena disana iaitu untuk kedaerah yang paling murah dan bersempadan dengan kawasan yang paling tak stabil politiknya iaitu dalam bahasa inggeris big field untuk membeli bekalan pakaian dan makanan yang agak murah dari AL IKHSAN dan 100% master copy dan tanpa cacat penglihatan. Sebelum itu kami pernah kekawasan tersebut membeli penutup aurat iaitu baju v.sathiyanathan cop harimau kuning dan pada tarikh ini hamba membeli penutup aurat berwarna hitam jenama bola eropah yang tertulis SAMSUNG dan dipakai oleh michael ballack. Alah membeli juara memakai......
Sebelum kami terbang menjauhi big field kami singgah keladang burung yang tak pandai terbang untuk bergambar.... yang mengejutkan gambar yang diperolehi disulami entiti yang tidak normal di negara kehidupan hamba. hujan dan pakaian baju tutup hujan membuatkan kami seperti di abang perlis iaitu CAPETOWN..... hahaha
akarnya keadan penerbangan ke kawasan seperti ini akan kerap dilakukan untuk menambah ilmu pengehtahuan dan pengalaman hidup sesuai dengan tema blog ini KEHIDUPAN supaya kehidupan ini tidak disia-sia dan keindahan tercalar didalam memori otak kiri. Sebenarnya masih banyak lagi cerita ceriti tentang perlis indra kayangan ini tetapi keaadaan tidak mengizinkan kerana kantung yang bersambung dengan belalai gajah telah dipenuhi cecair kuning dan telah mengasak untuk terkucil.... jadi hayatilah pembohongan gambar diatas....
Monday, December 8, 2008
AI TAKAHASHI

Siapakah si cantik ini? apakah bangsa kejadiannya? adakah beliau dikenali? dan kenapa di tersenarai dalam blog ini.
Blog adalah tempat pencipta meluahkan perasaan..... tetapi tidak perasaan semata-mata tetapi pendapat dan kupasan pemikiran...
disini pendapatku..
beliau adalah AI TAKAHASHI sangat dminati di asia timur dan makin menggila dia pelusuk sesetengah kawasan dan yang penting selebriti yang dapat memikat hati si penulis... dari nama si normal pun dapat meneka darimanakah kelahiran beliau, JEPUN tempat dimana si kawai-kawai boleh ditontoni. Wujud di dunia pada 14 septriasa 1986... ringkasan cerita beliau menyertai kumpulan MORNING MUSAME pada pengambilan kelima bersama-sama dengan beberapa ahli lain. suaranya lunak bagaikan buluh perindu rupa yang sedang-sedang mutiara dngan hidung yang comel dan mata yang agak bundar sekaligus antara aturan kecantikan fizikal keatas pengharapan bakal suri rumahku....mungkin...
Jika ini dianggap sebagai perasan pengharapan tetapi rezeki tidak mengenal rupa, bentuk dan jirim. ia datang tanpa diduga dan pergi begitu sahaja... lebih baik mengharap dari tidak ada tujuan.
AI TAKAHASHI semestinya mengagumkan dan agak terbukaan. jika diamati dari percakapan dialek OSAKA pulau yang menjadi kepala jepun dapat dikesan daripada pertuturan si manis ini. Terpesona? atau tidak merasa apa-apa. jika kenyataan kedua anda adalah seorang yang bukan 100% pria... secara suluhan fokusnya jika adayang merasa kebenaran dirinya seperti yang digaya adalah amat terang bulan untuk dikenali.. tetapi tidak jadi masalah jika tersimpang ke kuala asalkan indah seperti babylon pantas aku menyambar seperti kilat.. mahu yang terbaik dari ladang harus mahal dari permata dan cerewet bagai bajet kewangan agar selesa hidup dan aman.. indah luar dan dalam adalah terbaik dari luaran ai takahashi dalaman dina...
AI TAKAHASHI jika kau dari peganganku aku berdoa didepan kaabah untuk memperolehmu. tetapi ada mengatakan peganganmu adalah yang paling senang dirapuh dan senang polan mengubah.. aku doa jika keadaan ini adalah kebenaran...
Thursday, November 27, 2008
NERAKA
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,
lindunglilah dan peliharakanlah kami, keduaibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orangIslam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,
namuntidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadahdan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... .: Luasnya Neraka :.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya." Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam. Firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

